Friday 16 September 2011

Sedikit Cuma.

sedikit sahaja..
aku tahu sukar.
aku tahu payah.
aku tahu perit.
aku tahu...

aku mohon.
sedikit sahaja...



Thursday 15 September 2011

Aku Belum Kenal Kau.

 siapa kau ?

aku belum ada jawapan untuk itu.
keinginan mengenali kau.
itu dah pun termetrai.
mahu memahami manusia seperti kau,
dalam masa sedetik hari ?
tak mungkin.memang tak mungkin.

dengan hari sedetik aku boleh kawan dengan kau,
nak memahami kau ? tak !
kau seorang manusia yang fleksibel, yang rumit.

bagaimana mahu kenal dengan manusia,
yang dia sendiri tak kenal siapa dia. apa mahunya dia. apa gunanya.

kawan !
kau sahaja yang boleh berkenalan dengan kau sedalamnya.
cari apa yang kau nak.
tanya diri kau.
adakah ?
bagaimanakah ?
siapakah ?
apakah ?
tanya ! tanya sampai kau tahu jawapannya.
cari dimana tempat kau.
tiada siapa boleh pertikaikan kau.

*selamat semuanya kawan ...

Saturday 3 September 2011

HILANG DALAM CELIK

kebencian mulanya satu persahabatan.
keserasian mulanya satu genggaman.
kesedihan mulanya satu kesefahaman.
kepergian mulanya satu kehilangan.
kejauhan BUKAN mulanya erti melupakan.

kini,
kau melangkah pergi jauh demi masa depan.
kecapilah ia tanpa ada erti melupakan dan dilupakan.
aku disini sentiasa ada walaupun jauh sentiasa.

kini,
aku menangis atas perginya kau.
dan aku menunggu aturan hidup kedepan aku.
mohon doa dari kau yang jauh di sana.

kini,
hanya ingatan sesama kita yang tinggal.
itu mampu menjadi satu yang kuat.
jangan dilupakan satu yang jauh.


*buat sahabat yang makin menjauh.


.mencintailah seperti sedia ada.
aku doakan kau nazura dapat kawan yang boleh terima kau apa adanya. dan kau hanisah moga dapat kawan yang suka share perasaan cinta.



                                                                  suhaila:220391:030911:1017